''::Laa Izzata Illa Bil Islam::Wala Islama Illa Bi Syariah::Wala Syariata Illa Bi Daulah::"




Showing posts with label thaqofah. Show all posts
Showing posts with label thaqofah. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Kepimpinan Harapan..melakar fikiran ummah~



Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan. Kepimpinan dalam bidang 'amal Islami merupakan tanggungjawab dan seberat-berat amanah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang paling penting dan besar, di mana manusia dicipta kerananya iaitu agama yang diredhai oleh Allah untk hambaNya yang akan disusuli ke atas natijah yang penting dan besar samada di dunia atau di akhirat. Bukankah Allah akan menyoal setiap penjaga tentang jagaannya dan akan dihitung setiap amalan walaupun sebesar zarah. Beban kepimpinan bertambah setiap kali meluasnya medannya kerja serta bertambah bilangan orang yang dilindungi oleh pemimpin berkenaan.


Menjadi tanggungjawab untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh yang tertinggi baginya dengan mengikuti akhlaknya, sifat-sifatnya, cara pergaulan, tindak tanduk dan urusan kepimpinan dan gerakan dakwah yang dipimpinnya. Antara sifat dan akhlak yang mesti ada secara sempurna di sisi pemimpin ialah :

1) Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi daripada penyakit hati yang meruntuhkan amalan.

2) Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa pelbagai persoalan serta dapat memehami dan bertindak dengan baik terhadapnya.

3) Mesti bersfat lemah lembut, kasihan belas dan mudah berurusan.

4) Berani, dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketepatan hati dan kepercayaan kepada Allah serta kosong hati dari sifat wahan iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Sebaik-baik keberanian ialah berterus terang dalam kebenaran dan menentang kebatilan.

5) Bersifat benar dalam setiap perlakuan dan tindakan.

6) Tawadhu' dan tidak meninggi diri ke atas orang lain.

7) Kemaafan dan dapat menahan kemarahan. Pemimpin perlu dihiasi dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan membuat baik pada orang lain.

8) Menunaikan janji dan perjanjian.

9) Sabar

10) Suci diri dan mulia

11) Wara' dan zuhud.

12) Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri.








'Menerobos perubahan landskap politik semalaysia...'

Thursday, May 20, 2010

Ilmu oh Ilmu..



Salam mahabbah..

Dalam kehidupan ni, banyak perkara yang perlu dipelajari..Ilmu Tuhan ini tidak bersempadan dan tidak terhitung oleh manusia sekalian..Setinggi manapun taraf manusia itu, dia tetap bersifat hamba yang serba kekurangan..Semakin jauh manusia meneroka ilmu Tuhan, semakin banyak ilmu yang tidak diketahui..Keupayaan, kemampuan, kehebatan, kecerdikan, kebijaksanaan semuanya milik Dia yang dianugerahkan kepada manusia sebagai pinjaman sementara..Sifat Ya 'Alim, Ya Rasyid, Ya Hakim adalah milik mutlak Allah SWT..Jadi, tak perlulah kita bermegah dengan kelebihan yang kita perolehi dan miliki..KERANA semuanya itu berbalik pada Allah jua..
Saya bawakan beberapa ungkapan daripada tokoh-tokoh pilihan :

Lenyaplah ilmu kerana lupa, tersia-sianya ilmu kerana yang membicarakannya bukan ahlinya( Nabi Muhammad SAW)

Manusialah yang mencari ilmu, sedangkan ilmu tidak mencari manusia ( Imam Malik)

Segala keranjang dapat penuh kerana isinya, hanya keranjang ilmu yang kian diisi kian diminta tambah isi ( Ali bin Abi Talib)
Tidak seorang pun yang dipandang yatim kerana hanya kerana kematian ayah bondanya tetapi yang benar-benar dipandang yatim adalah mereka yang tidak berilmu dan beradab.( Imam Syafie)
Saya sendiri merasakan, semakin banyak ilmu yang saya pelajari, semakin banyak ilmu yang saya tidak tahu..Begitulah lumrah sang hamba yang ketandusan ilmu Ya 'Alim melainkan sang hamba berusaha mencari, menuntut, meneroka ilmuNya yang sangat terbentang luas..
Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW:
" Menuntut ilmu itu merupakan kefarduan keatas setiap muslim( muslimin + muslimat)"

Allah juga memberi perumpamaan antara orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu mafhumnya :
" Adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"..

Kita fikir-fikirkanlah..adakah sama darjat orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu..Orang yang berilmu itu laksana pohon yang subur, membuahkan hasil yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain..Sedangkan orang yang tidak berilmu itu laksana pohon yang layu yang tidak mampu membuahkan hasil yang baik dan memberi bermanfaat kepada orang lain..

Ilmu akan menjadikan diri kita seorang 'alim dan mempunyai daya pertimbangan yang tinggi sekiranya kita tidak menyalahgunakan ilmu tersebut dan beramal dengan apa yang telah dipelajari..Carilah ilmu kerana ia sangat berharga..Cintailah ilmu kerana ia sangat bermakna..Amalkan ilmu kerana ilmu sebaik-baik harta..
" MENGGAPAI ILMU TUHAN UNTUK LEBIH MENGENALI SANG PENCIPTA"



Related Posts with Thumbnails