apa hebatnya solat di awal waktu???
apa hebatnya solat di awal waktu???
Waktu Subuh
Waktu Zohor
Waktu Asar
Waktu Magrib
Waktu Isyak
Qiamullail
siapa anda???
cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Siapakah orang yang kuat?
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam
hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang buta?
daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Siapakah orang yang sibuk?
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Siapakah orang yang kaya?
Siapakah orang yang miskin?
Siapakah orang yang pandai?
Siapakah orang yang bodoh?
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Siapakah orang yang gila itu?
Siapakah orang yang rugi?
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Siapakah orang yang paling cantik?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Siapakah orang yang mempunyai akal?
syukurlah dengan sepasang mata
"you have beautiful eyes"
Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan penuh kesempurnaan, keindahan
dan keajaiban. Teringat sebuah doa yang diajar Nabi untuk dibacakan apabila mendengar
pujian daripada insan bergelar manusia.
(Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)
Teringatku pada seloroh guruku ketika menerangkan hakikat ini. Katanya;
Daripada bahan yang sama juga mampu menghasilkan 'Beautiful eyes' yang 'bervariasi' warnanya. Terdapat manusia yang bermata biru, coklat, coklat pekat, coklat cair, kelabu, hijau dan lain-lain. Rahsia sebenarnya terletak pada struktur bernama 'iris' yang mempunyai ketebalan melanin yang berbeza. Contohnya, manusia yang mempunyai lapisan melanin yang nipis akan menzahirkan warna mata sebagai biru, iaitu warna 'salur darah vena' yang membawa 'deoxygenated blood' yang terdapat di belakang 'iris' .
Kadang-kadang 'beautiful eyes' kita akan memberi gambaran yang salah terhadap sesuatu perspektif. Pada hakikatnya ialah x, mata memberi gambaran y, dan kita pula membuat kesimpulan z.
Cuba perhatikan garisan biru dalam gambar berikut :

Nampak seperti senget bukan? Pada hakikatnya, garisan tersebut lurus! Tidak percaya? Anda boleh mengukurnya sendiri.
Begitulah juga kehidupan ini, dihiasi dengan 'ilusi optik' yang mengelirukan lagi menyesatkan. Perkara yang jahiliyah dan buruk dilihat cantik dan mempesonakan manakala yang baik dan wangi dijauhi dan ditolak ke tepi. Sepatutnya, semuanya perlu dilihat melalui kaca mata dan hati yang suci mengikut neraca Ilahi. Moga-moga hidup diberkati dan diredhai. Semoga 'beautiful eyes' kita ditemukan dengan Penciptanya di syurga nanti.

Bahtera Nabi Nuh a.s





MasyaAllah....
inilah salah satu dari bukti kebenaran islam yang telah berjaya dibuktikan oleh saintis pada masa kini. Sebuah penemuan yang sudah pasti menggemparkan dunia seandainya dihebohkan kepada seluruh dunia. Namun peristiwa penemuan yang penting ini hanya diketahui setakat ruang lingkup yang terbatas dan pengaliran keluar maklumat itu telah disekat sehebat-hebatnya. Seandainya maklumat ini semua dihebohkan kepada masyarakat dunia, sudah tentu agama islam menjadi agama pilihan segenap lapisan masyarakat di dunia ini. Sebuah lagi kebenaran telah terbukti. Allahuakhbar !!!
Rahsia bintang 6 bucu israel
Sebuah catatan perjalanan seorang insan di bumi palestin yang diterima melalui emel....
Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel. Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.
'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.
"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "
"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

Masjid Al-Aqsa dengan Kubah Batu atau Dome Of The Rock
"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.
Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama':-
racunlah sejarah mereka"
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.
kubur di atas kubah Rasulullah
Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, kubah warna hijau di Masjid Al-Nabawi Madinah, yang juga menjadi penanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika si penceroboh cuba memanjat kubah tersebut untuk menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun mati serta merta di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu mengangkat tubuhnya dari atas kubah tersebut!

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya"
ikhlas...
GURU: “Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,”
MURID: “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
GURU: “Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
MURID: “Karung guni?” (seperti tidak percaya.)
GURU: “Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
GURU: “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,”
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
MURID: “Cukup?”
GURU: “Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

MURID: “Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
GURU: “Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
MURID: “Ya, ya…” (sambil memikul guni yang berat itu kelelahan).
RAKAN LUAR: “Banyak beli barang,” (apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu).
ORANG PASAR: “Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli, Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,”
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
MURID: “Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
GURU: “Tak buat apa-apa.”
MURID: “Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,”.
GURU: “Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
MURID: “Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.
GURU: “Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
MURID: “Dengan memikul batu-batu ini?”
GURU: “Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak’. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
MURID: “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
GURU: “Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
MURID: “Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYA’ dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
Allah berfirman:
Barangan Yahudi di dunia
Antara 'barangan yahudi' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5 . Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Amalkanlah pemakana n sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.dapat mengelakkan penyakit2 lain. Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni.
Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam. Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang lain..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan lain di dunia ni. Di samping badan kita sihat.kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...
Alhamdulillah.InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat.
Amalkanlah walaupun sebiji kurma.iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.Hadis mengatakan "Bar ang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"
Alhamdulillah. ..anda adalah salah seorang daripada mereka insyaAllah.. .aamin..

How it's made?from kulit ular?

Pernahkah anda memakai pakaian ataupun alat-alat yang berasaskan kulit tulen dan bukannya plastik ataupun bahan-bahan lain? Sudah tentu jawapannya adalah Ya bukan. Setiap orang pasti memiliki sekurang-kurangnya 1 barangan kulit. Sama ada sebuah dompet kulit, kasut kulit berjenama, tas tangan berjenama ataupun apa-apa sahaja barangan yang diperbuat daripada kulit tulen. Adakah anda memeriksa apakan jenis kulit yang digunakan? Adakah ianya halal untuk digunakan iaitu kulit itu telah disamak oleh orang islam dan binatang yang kulitnya diambil itu adalah dari binatang yang halal untuk diambil kulitnya?


Sape yang paling....

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada
dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk – numpukkan harta.

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka.
Kisah Rumput
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas
Garam dalam perubatan islam

Dalam hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada lauk-pauk." Betapa garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.
Kegunaan garam
1.Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.
2.Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
3.Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
4.Mengubat ghout. Ghout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
5.Merawat cirit-birit. Direa boleh diubat dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
6.Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.
7.Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
8.Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
9.Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
10.Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
11.Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
12.Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam nota 10.
13.Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Source : Petua perubatan Islam, Kuliah Magrib Ust. Hanafi Bin Abd. Rahman, 28 Mei 2010. Masjid al-Hidayah, Sentul, KL.
Kisah kerajaan semut

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…
Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?
Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.
Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.
Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.
Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).
Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)
Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.
Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).
Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)
Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.
Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?
Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.
Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?
Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).
Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).
Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).
Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.
Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??
Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.
Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?
Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.
Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.
Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.
5 syarat untuk buat maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Teka-teki Imam Al-Ghazali

Teka teki Imam Ghazali Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung " Murid 2 = " Matahari " Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali =" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja " Murid 2 = " Besi " Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas" Murid 2 = " Angin " Murid 3 = " Debu " Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Wajah anda waktu lahir

Anda masih lena tidur nyenyak....

Atau menjerit hepi dapat tengok dunia....

Atau jeling kt doktor macam nih.....

Atau jelir kt doktor kata npe kacau anda tidur nyenyak....

Atau masih kelihatan sangsi dengan dunia baru anda....

Atau terkejut melihat kecanggihan alatan yang ada dalam bilik bersalin......

Atau takut tengok jarum yang tajam2 kt dalam bilik bsalin tu...?
Sila pilih ekpresi wajah anda sewaktu dilahirkan or tnya bonda macam mana agaknya wajah anda sewaktu dilahirkan, he3x....
Jenis-jenis lelaki
Lelaki tulen.Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah.Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
Penemuan "God's Spot" Dalam Otak Manusia

Penemuan ini bukanlah penemuan yang baru dalam sejarah Sains dunia. Sebelum ini pun saintis telah menemui banyak keajaiban pada diri manusia. Kali ini laman ini menampilkan penemuan yang telah berjaya dibuat oleh Profesor Vilyanur Ramachandran 13 tahun dahulu, bersama pasukannya dari Universiti Carlifornia, San Diego, Amerika Syarikat. Meskipun penemuan ini sudah lama, atas permintaan pembaca, laman ini mengeluarkan satu artikel tentang penemuan tersebut.
Profesor Vilyanur Ramachandran menyatakan bahawa terdapat peningkatan aktiviti di kawasan 'Lobus Temporal' apabila seseorang itu diberikan nasihat ketuhanan, atau melakukan aktiviti kerohanian. Beliau menyimpulkan bahawa pada otak manusia telah sedia ada litar saraf ketuhanan, atau kepercayaan beragama sejak lahir lagi. Inilah yang dikatakan fitrah beragama. Prof Ramachandran menjalankan imbasan otak ke atas seorang individu yang sedang diberi nasihat kerohanian. Hasil imbasan otak menunjukkan bahawa bahagian Lobus Temporal amat bersinar semasa melakukan aktiviti tersebut dan sinarannya semakin surut selepas aktiviti ketuhanan dihentikan
Penemuan ini dikuatkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Dr. Michael Persinger dari Kanada yang merupakan pakar neuro-psikologi. Beliau telah membuat ujikaji di mana beliau membuat ransangan medan magnet secara artifikal di bahagian Lobus Temporal lalu sel-sel otak di bahagian tersebut menjadi aktif. Apabila sel-sel di bahagian tersebut aktif, maka apa yang dirasakan oleh beliau ialah hadirnya rasa kesedaran akan kehadiran Sang Pencipta buat pertama kali dalam dirinya. Bahagian inilah yang digelarkan oleh Prof Ramachandran dan Dr. Michael Persinger sebagai God's spot.
Penemuan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Saintis barat telah menemui titik sentuh 3 jenis kecerdasan manusia ( IQ,EQ & SQ) adalah berpusat pada God's Spot ini! Nah! inilah yang dikatakan penyuburan kerohanian mengawal tingkah laku setiap individu.
Kita berbalik kepada apa yang diajarkan kepada kita sebagai umat Islam. Semasa di alam roh, yakni sebelum roh dimasukkan ke dalam tubuh manusia, semua roh telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa. Selepas dimasukkan ke dalam tubuh manusia, fitrah beragama itu dengan sendirinya akan wujud kerana roh itu tadi telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa. Perasaan tentang kehadiran Sang Pencipta ini akan wujud dalam setiap diri manusia. Oleh sebab itu manusia memerlukan agama untuk dijadikan panduan hidup kerana mereka mempunyai fitrah beragama. Cuma yang membezakan manusia ialah cara mereka mengenal Tuhan. Hakikatnya, setiap manusia akan mencari-cari Tuhan mereka. Dan bagi kita umat Islam, semestinya kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Berkenaan dengan Lobus temporal yang menjadi pusat kepada 3 kecerdasan manusia (kecerdasan emosi, intelektual dan spiritual), ini menggambarkan bahawa rohani yang sihat akan membuatkan kita boleh menilai baik buruk sesuatu perkara. Untuk mendapatkan rohani yang sihat, maka, tarbiah diperlukan... Tarbiah inilah yang telah membuatkan lobus temporal kelihatan bersinar ketika diimbas. Tarbiah yang berterusan akan menggalakkan pengaktifan sel pada bahagian ini untuk mengawal 3 jenis kecerdasan manusia tadi. Jadi, tindakan seseorang individu akan dinilai di sini agar tidak bertindak mengikut perasaan, dan menggalakkan individu untuk bertindak mengikut landasan SQ, iaitu landasan agama. Ini yang dikatakan sebagai TARBIYYAH MEMBENTUK AKHLAK YANG MULIA....
Perhatian untuk mengelakkan kekeliruan: Artikel ini tidak sesekali menyatakan bahawa lobus temporal itu merupakan tempat adanya iman atau roh pada bahagian otak ini... Artikel ini hanya menjelaskan penemuan saintis tentang God's spot dan menterjemahkan penemuan ini melalui kaca mata Islam...
Wallahua'lam.....
"DISCOVER THE SIGN OF CREATOR"
Bumi Dan Langit : Bercantumkah Dahulu?

Menurut saintis Amerika bernama Edwin Hubble, beliau telah membuat penemuan terbesar dalam sejarah dunia astronomi. Ketika beliau memerhati bintang melalui sebuah teleskop gergasi, beliau telah mendapati bahawa cahaya yang dikeluarkan oleh bintang ialah cahaya kemerahan.
Mengikut hukum fizik yang diiktiraf, spektrum pancaran cahaya yang bergerak ke arah titik pemerhatian cenderung kepada ungu manakala spektrum pancaran cahaya yang bergerak menjauhi titik pemerhatian cenderung kepada merah.
Semasa pemerhatian Hubble, cahaya pada bintang didapati lebih cenderung kepada merah. Ini bermakna ia sentiasa bergerak menjauhi kita. Tidak lama kemudian, Hubble telah membuat satu lagi penemuan penting, bintang dan galaksi bukan sahaja bergerak menjauhi kita malah ia menjauhi satu sama lain. satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat tentang jasad cakerawala yang sentiasa menjauhi satu sama lain ialah bahawa alam semesta sentiasa berkembang seperti pengembangan belon yang sedang ditiup.. Ana ingin analogikan,, cuba antum semua lukiskan titik-titik bintang pada belon yang belum ditiup, selepas itu, tiup belon tersebut dan lihat pergerakan titik bintang yang antum semua lukis tadi. Saling menjauhi bukan? jadi, begitulah alam semesta berkembang mengikut teorinya.....
Alam semesta yang berkembang menunjukkan apa? Alam semesta yang berkembang menunjukkan bahawa sekiranya ia kembali ke awal zaman suatu masa yang lampau, ini akan membuktikan ia berasal dari satu titik permulaan. Pengiraan menunjukkan bahawa titik permulaan ini yang meliputi semua jisim di dalam alam semesta seharusnya mempunyai isipadu sifar serta ketumpatan yang tidak terbatas.
Mengikut kajian ini, alam semesta wujud dari letupan besar dari satu titik yang mempunyai isipadu sifar. Letupan ini yang merupakan permulaan alam semesta dipanggil 'big bang'. Sains boleh memahami konsep isipadu alam semesta tetapi hakikat yang sebenar ia adalah diluar kemampuan pemahaman manusia. Hanya dengan menyatakan bahawa ianya satu titik permulaan, dengan isipadu sifar pada hakikatnya titik permulaan tanpa isipadu bermakna kekosongan. Oleh itu, alam semesta diliputi jisim yang tercipta daripada kekosongan. Dalam pengertian lain, IANYA TELAH DICIPTA.....
Fakta ini yang mana telah ditemui oleh fizik moden dalam abad ke-20 telah dinyatakan di dalam Al-Quran 14 abad yang lalu. "Dialah Maha Pencipta langit dan bumi"(surah al-An'am;101) Teori Big Bang menunjukkan kesemua objek dalam alam semesta berasal daripada satu tompok yang kemudiannya berkecai. Fakta yang diperlihatkan dalam teori big bang ini sekali lagi telah dinyatakan dalam al-Quran 14 abad yang lalu ketika pengetahuan umat manusia tentang alam semesta amatlah sedikit. "Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara kedua-duanya, dan kami jadikan dari air, benda-banda yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Al-Anbiyaa';30).
Ini bermakna alam semesta tercipta melalui satu titik permulaan melalui letupan besar dan sesudah ianya berkecai, maka terciptalah alam semesta yang berkembang. Allah telah memberitahu kita tentang realiti penciptaan di dalam Al-Quran yang telah diturunkan 1400 tahun yang lalu. "dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan dan kemahiran (dalam mencipta dengan kukuh dan rapinya) kerana Kami lah yang membina keluasan ruang" (Surah Adh-Dhariyat;47).
Letupan besar atau Big Bang merupakan bukti bahawa alam semesta telah dicipta dari kekosongan dalam erti kata lain ianya telah dicipta oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.....
Teori Big Bang berlaku berikutan setompok letupan yang mengandungi seluruh jisim dan tenaga alam semesta serta penyebarannya ke angkasa lepas ke semua arah pada kelajuan yang amat menakutkan. Daripada jisim dan tenaga inilah muncul suatu keseimbangan mengandungi galaksi, bintang, matahari, bumi dan segala objek. Maka terbentuklah hukum yang dipanggil hukum fizik yang seragam diseluruh alam semesta dan yang berkekalan. Hukum fizik yang muncul bersama letupan besar tersebut tidak pernah berubah selama kewujudan alam semesta.
Hukum ini tertakluk kepada perkiraan yang terperinci dan sekiranya terdapat perbezaan walau semilimeter pun, ia boleh menyebabkan kemusnahan seluruh struktur dan tatarajah alam semesta. Semua ini menunjukkan wujudnya keteraturan yang sangat sempurna selepas letupan besar tersebut. Lazimnya letupan tidak membawa keteraturan. Semua letupan yang pernah kita saksikan mempunyai kecenderungan merosak, menghancur dan memusnahkan apa sahaja yang wujud. Sekiranya suatu letupan boleh menyebabkan keteraturan yang amat terperinci, kita boleh membuat kesimpulan bahawa sememangnya terdapat campur tangan cerdas di sebalik letupan tersebut dan bahawa semua bahan yang dihasilkan dalam letupan itu bergerak dalam keadaan yang cukup terkawal.
Fred Hoyle menyatakan bahawa Teori Big Bang mendakwa alam semesta bermula dari satu letupan. Namun, sebagaimana yang dapat dilihat, letupan hanya menyurai jisim, manakala teori Big Bang secara misteri telah menghasilkan kesan yang bertentangan dimana jisim berkelompok dalam bentuk galaksi.
Satu lagi persoalan yang ana ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan planet yang boleh didiami. Syarat untuk satu-satu planet yang boleh didiami amat banyak dan jisim yang berselerak di angkasa boleh membentuk planet seindah bumi dengan keseimbangan hukum dan ekosistem yang amat sempurna. Akan tetapi, ana ingin mengajak antum semua merenung, siapakah angkara kesempurnaan sebegini berlaku? Adakah semua ini berlaku secara kebetulan? Dimanakah umat manusia ketika bumi belum terbentuk? Sesungguhnya Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah dan sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi..... renungkanlah.....
"DISCOVER THE SECRETS OF AL-QURAN"