''::Laa Izzata Illa Bil Islam::Wala Islama Illa Bi Syariah::Wala Syariata Illa Bi Daulah::"




القرآن الکريم

Back2Qur'an: The Key to Success! (Part 1)


Al-Qur'an- Petunjuk, rahmat, motivasi dan bimbingan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang~

Firman Allah s.w.t :
"Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.
Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui,
Dan (ini) sesungguhnya Al-Qur'an yang sangat mulia,
Dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz),
Tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan,
Diturunkan dari Tuhan seluruh alam.
Apakah kamu mengganggap remeh berita ini (Al-Qur'an)?"
-Surah Al-Waqi'ah (56): 75-81


Al-Qur'an itu Kalamullah

Al-Qur'an itu 'kalamullah', yakni perkataan Allah. Ia merupakan wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., melalui perantaraan malaikat jibril.
"Alif Lam Ra. (Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun rapi kemudiannya dijelaskan secara terperinci,
yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti."
-Surah Hud (11):1
Apabila ia disebut sebagai 'kalamullah', tarafnya sudah tentu terletak jauh berbeza berbanding kitab-kitab/buku-buku yang lain. Ayat Allah adalah ayat-ayat terbaik, maka majalah, buku teks, surat khabar, blog post, dan apa-apa sahaja tulisan/kata-kata yang lain tidak akan ada yang dapat menandinginya.

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
 Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir."
-Surah Al-Baqarah (2): 23-24

Jadi, bagaimana pula layanan kita terhadapnya. Penghayatan kita, bacaan kita, keakraban kita dengannya, reaksi kita apabila ada insan yang cuba mengingatkan kita dengannya.

Adakah ayat-ayat Al-Qur'an mendapat perhatian yang tertinggi di mata kita?

Kepentingan Al-Qur'an dlm kehidupan

 
No matter how busy you are, set you priorities right.

Membaca dan mendalami Al-Qur'an tidak termasuk Rukun Islam, maka ramai yang selalu lengah akannya. Namun, ramai yang tidak sedar yang membaca Al-Qur'an itu merupakan suatu kewajipan, bahkan prioritinya juga diletakkan antara yang utama. Sebagaimana turunnya wahyu pertama juga merupakan satu perintah menyuruh Rasulullah s.a.w. membaca ayat-ayat Allah yang turun kepadanya. Iaitu ketika baginda berkhalwat (mengasingkan diri) di Gua Hira', turun ayat dari Surah Al-'Alaq ayat 1-5,

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmu-lah Yang Paling Pemurah,
Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada menusia apa yang tidak diketahuinya."
-Surah Al-'Alaq (96): 1-5

Secara umum, kepentingan 'membaca' itu sendiri ditekankan. Al-Qur'an yang dari segi makna bahasa adalah 'bacaan' pula adalah sebaik-baik bacaan yang ada. Dalam Al-Qur'an, terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menekankan kepentingan serta kehebatan Al-Qur'an ini. Ya, terlampau banyak. Di sini saya kongsikan satu,

"Dan sesungguhya andaikata ada suatu bacaan (kitab suci) yang dapat membuat gunung-gunung bergoncang, atau bumi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, (itulah Al Qur'an). ..."
-Surah Ar-Ra'd (13): 31

Memang tidak diletakkan kewajipan membaca Al-Qur'an seperti solat, yakni fardu lima kali sehari. Ya, tiada jumlah per hari yang ditetapkan. Namun, itu tidak bermakna kita tidak perlu membacanya.

Sebagai rujukan, kita boleh mengambil contoh dari para sahabat dalam beramal, yang mana lazimnya, mereka akan membaca sehari satu juzu'. Itu sudah memadai bagi kita amalkan. Nak contoh lebih hebat lagi, ada para sahabat yang dapat khatam satu Al-Qur'an hanya dalam tempoh sehari !


Lazimkanlah diri kita untuk membaca Al-Qur'an, sebaik-baiknya tidak ada satu hari pun dalam hidup kita yang kita tidak membacanya. Kalau sibuk yang melampau sekalipun, bacalah sekurang-kurangnya satu muka Al-Qur'an, kalau tidak mampu juga, cukup sekadar satu ayat sehari sudah memadai.

Bagi yang sudah menjadikan bacaan Al-Qur'an sebagai kebiasaan, letakkanlah 'satu juz sehari' sebagai target yang perlu dicapai tiap-tiap hari.

Ganjaran Berlipat kali ganda bagi yang membacanya

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda,
“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan. Sedangkan kebaikan dibalas dengan sepuluh kali kelipatannya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(HR At-Tirmidzi)


MashaAllah! Tidakkah kita terasa terpanggil untuk merebut ganjaran yang diberikan?
Bukan sahaja setiap huruf ayat Al-Qur'an yang kita baca akan mendapat pahala, bahkan setiap kebaikan itu akan dilipat gandakan lagi sebanyak 10x!

Malah, tidak kurang juga bagi yang baru belajar serta tidak lancar bacaan mereka, Allah akan mengurniakan lagi kepada mereka dua pahala atas kepayahan yang mereka tanggung itu.
"Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala."
(HR. Muslim)
Bayangkan jika kita membaca satu muka Al-Qur'an. Berapa banyak pahala yang kita akan dapat.

Itu baru satu muka. Jika kita tambah lagi dengan lima muka sehari, ditambah lagi konsisten sehari-hari. Maha Suci Allah, tidak akan terkira pahala yang kita peroleh.

Namun, jangan salah anggap niat kita membaca Al-Qur'an hanya untuk mengejar pahala semata. Bukankah pahala itu juga merupakan indicator tahap kesukaan Allah akan amalan hamba-hambaNya?

Tidak ter'motivated'?


Teman Al-Qur'an Vs. Teman Syaitan


Jadikan Al-Qur'an teman kita yang paling akrab.
Bawanya ke mana-mana, bacanya bila-bila ada masa, dalaminya agar ia makin dekat kepada kita, inshaAllah syaitan tiada ruang untuk menguasai kita.

Sungguh, mereka yang tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai teman,  Allah akan menjadikan syaitan sebagai teman mereka. Kemudian, jadilah mereka orang-orang yang tersesat lagi rugi.

"Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya."
-Surah Az-Zukhruf (43): 36


Apakah ada di antara kita mengganggap perkara ini remeh?


Sambungan ayat:
"Dan sesungguhnya setan-setan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk."
-Surah Az-Zukhruf (43): 37

Na'udzubillahimindzalik.
Moga-moga kita terhindar darinya.

Solusi: Jom Kembali kepada Al-Qur'an


Masyarakat yang kita gauli pada hari ini telah mengalami keruntuhan moral yang amat serius. Mahu tidak mahu, kita harus akui bahawa penzinaan, pergaulan bebas, hiburan melampau, pengguguran bayi, dan seribu satu lagi maksiat berlaku dengan berleluasanya dalam masyarakat kita sekarang.

Malah, maksiat-maksiat yang dilakukan sudah menjadi suatu perkara biasa, seakan-akan bukan lagi satu kesalahan, sebaliknya mereka yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar pula dianggap pelik/kurang normal.


Daripada Abu Hurairah ra berkata, Sabda Rasulullah SAW :
" Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".
(HR. Muslim)


Inilah, gejala-gejala yang dihadapi dalam masyarakat kita, umat akhir zaman. Dan puncanya jelas, seperti ayat Al-Qur'an yang saya kongsikan tadi, tidak lain tidak bukan mereka jauh daripada Al-Qur'an.

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'al-wahn'." Seorang sahabat bertanya, "Apakah 'al-wahn' itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
(HR. Abu Daud)

Al-Qur'an itulah yang mampu menyembuhkan hati yang sakit, maka ia merupakan 'solusi' bagi masalah umat yang kian rosak ini. Sesungguhnya, hati merupakan anggota badan yang paling penting, kerana dengan rosaknya hati, rosaklah seluruh tubuh anggota kita (rujuk dari Hadis).
"Wahai manusia! Sungguh, datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
-Surah Yunus (10): 57

Jom kita bergerak memperbaiki diri kita dengan Al-Qur'an.
Jika sudah melazimkan diri membacanya, tingkatkan lagi penghayatan serta pastikan istiqamah.
Dalam masa yang sama, mari kita pupuk keluarga dan masyarakat kita juga budaya 'Al-Qur'an, sbg teman'.

Semoga kembalinya masyarakat kita kepada Al-Qur'an, Islam akan kembali tertegak gah di bumi-Nya satu hari nanti. InshaAllah!

Kembali pada Al-Qur'an,
Menjunjung perintah Tuhan,
Maksiat tidak akan berleluasa,
Jenayah tidak lagi merata-rata,
Islam kembali tertegak dengan gahnya,
Masyarakat merasa aman di bawah rahmat Yang Esa.
InshaAllah!

"Maka berpegang teguhlah kamu kepada (agama) yang telah diwahyukan kepadamu. Sungguh, kamu berada di atas jalan yang lurus.
Dan sungguh, Al Qur'an itu benar-benar suatu peringatan bagimu dan bagi kaummu, dan kelak kamu akan diminta pertanggungjawabkan."
-Surah Az-Zukhruf (43): 43-44

Jadi, apa kita tunggu lagi..


Rujukan:
1. Al-Raheeq Al-Makhtum, Sirah Rasulullah s.a.w. -Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri
2. Tafsir Al-Azhar -Prof. Dr. Hamka


-------------

Sedutan bersiri [back2Qur'an] yang lain:

-Part 2: Back2Qur'an: Apakah mereka tidak menghayati Al-Qur'an?




Back2Qur'an : Maka tidakkah mereka menghayati Al-Qur'an? (Part 2)


Lengkapkanlah dirimu dengan kesyumulan ajaran Al-Qur'an dan As-Sunnah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang~
(Approximate time to read: About 6 minutes only. )

Firman Allah s.w.t.

"Maka tidakkah mereka menghayati (tadabbur) Al-Qur'an? Sekiranya (Al-Qur'an) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya."
Surah An-Nisa' (4): 82


"Maka tidakkah mereka menghayati (tadabbur) Al-Qur'an, ataukah hati mereka sudah terkunci?"
Surah Muhammad (47): 24


Tubuhku bergetar hebat mendengarnya. Pengisian yang disampaikan oleh seorang ikhwah (saudara) cukup membuat otakku ligat berfikir, seolah-olah diriku meronta-ronta ingin diselamatkan. Diri ini mahukan perubahan.


Jarang-jarang pula diri ini membaca Al-Qur'an, apatah lagi menghayati maknanya, jauh sekali membuka kitab-kitab tafsirnya. Sekali, dua kali, tiga.. bahkan belum pernah rasanya ku menghayati maknanya. Astagfirullah, adakah ini bermakna hatiku sudah terkunci?

Na'udzubillahimindzalik. Moga-moga diriku dijauhkan.

Pengisian oleh si ikhwah diteruskan. . . .  Diri ini semakin larut di dalamnya.


Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab


"Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatNya dan agar orang-orang yang berakal sihat mengambil pelajaran."
Surah Sa'd (38): 29


Pada hakikatnya, Al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab. Nabi Muhammad merupakan orang Arab, dan kaumnya juga merupakan bangsa Arab. Jadi adalah tidak logik jika Al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa Melayu, English, apatah lagi dengan loghat qelate. He3. Sudah tentu tidak.

Bahkan pasti terdapat hikmah-hikmah yang lain, penurunan Al-Qur'an dalam bahasa Arab yang mungkin kita tidak tahu. Allah jualah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.


"Dan sekiranya Al-Qur'an Kami jadikan sebagai bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab nescaya mereka mengatakan, 'Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?' Apakah patut (Al-Qur'an) dalam bahasa selain bahasa Arab sedang (rasul), orang Arab? ..."
Surah Fussilat (41): 44


Maka, baginda Rasulullah s.a.w. dahulu, dengan membacakan ayat-ayatNya sudah cukup untuk memberi peringatan kepada kaumnya. Hanya jika perlu, ada sahabat bertanya akan maksud ayatNya, maka barulah Rasulullah s.a.w. akan menjelaskan apa yang diwahyukan kepadanya.

Sebaliknya, bagaimana pula dengan kita? Adakah dengan membaca Al-Qur'an dalam teks asal (bahasa Arab) dapat memberi peringatan kepada kita? Adakah kita faham apa yang cuba Allah sampaikan kepada kita?

Kalau anda sudah menguasai Arab tidak mengapa. Namun, bagi saya dan juga anda-anda yang tidak mahir dalam Bahasa Arab, marilah kita mengambil inisiatif untuk cuba menghayati Al-Qur'an. Tafsir Al-Qur'an ada, mudah lagi Al-Qur'an terjemahan perkata ada, dan paling simple dan mudah dibawa ke mana-mana, Al-Qur'an terjemahan saiz poket, yang ada zip punya pun ada banyak.

Ya, mungkin ada yang bercadang ke kelas bahasa Arab. Alhamdulillah, baik sangat dah tu, sesuai dengan anjuran Imam Hassan Al-Banna.

Namun, inisiatif lain, bagi saya, Al-Qur'an terjemahan, tak kisah la saiz apa, wajib kita ada.


Orang-orang beriman dapat mengambil pengajaran dari Al-Qur'an. . . Tetapi awas!

Don't over do it. Make sure you don't cross the border.

Benar, seperti yang kita ketahui, Al-Qur'an itu merupakan bimbingan, petunjuk dan panduan bagi kita, orang-orang Islam.

Maka, sebagai kitab panduan, mushaf rujukan dan bimbingan, orang-orang yang mengaku Islam, dan kemudian membuktikan pula keislamannya pada setiap tutur dan langkahnya, sudah pasti tidak akan membiarkan kitab agung itu terlepas dari pandangannya, dan akan menyediakan masa biarpun sedikit untuk menghayatinya.

Sungguh, orang-orang yang beriman, dia akan dapat menggarap hikmah dari kisah-kisah dan perumpamaan-perumpamaan yang diceritakan Allah di dalamnya.


"Inilah (Al-Qur'an) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."
Surah Ali Imran (3): 138

Namun, awas!

Jangan kerana terlalu tergesa-gesa ingin menghayati ayat-ayat Al-Qur'an sehingga kita tafsir Al-Qur'an menggunakan otak kita sendiri. Habis ayat-ayat Al-Qur'an kita tafsir sesuka hati, ayat-ayat mutasyabihat juga kita langgari, kononnya memberi maksudnya hanya pada pendapat kita sendiri.

Awas! Anda berkemungkinan tersesat, bahkan boleh diazab atas perbuatan anda itu!


"Dialah yang menurunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayat-ayat yang 'muhkamat', itulah pokok-pokok Kitab (Al-Qur'an) dan yang lain 'mutasyabihat'. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, mereka mengikuti yang mutasyabihat untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang-orang yang ilmunya mendalam berkata, 'Kami beriman kepadanya (Al-Qur'an), semuanya dari sisi Tuhan kami.' Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal."
 Surah Ali Imran (3): 7

*Foot note:
-Muhkamat = ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.
-Mutasyabihat = ayat-ayat yang mengandung beberapa pengertian, sulit difahami atau hanya Allah mengetahui.


Ya, kita bukan ulama' atau para ilmu tafsir Al-Qur'an sehinggakan boleh mentafsir ayat-ayat Al-Qur'an mengikut kefahaman sendiri. Maka, cukup kita ambil pengajaran dan iktibar dari ayat-ayat Al-Qur'an yang mukhamat sahaja, yakni ayat-ayat yang jelas maksudnya.

Ayat-ayat mutasyabihat pula adalah ayat-ayat yang tidak jelas maksudnya, yakni sukar untuk difahami atau hanya Allah mengetahui maksud di sebaliknya.

Sebagai contoh, Ya Sinnn, Alifff Lammm Mimmm, Alifff Lammm Rooo, dan sebagainya.

Satu contoh lagi, iaitu dari ayat kursi, apa yang dimaksudkan dengan 'kursi-Nya'. Ada ulamak yang mentafsirkan sebagai ilmu-Nya, ada juga yang mentafsirkan sebagai kekuasaan-Nya, dan ada juga mentafsirkan dengan maksud-maksud lain.

Maka, ia diluar kebolehan kita untuk mentafsirnya, apatah lagi menyebarkan ia kepada orang lain mengikut kefahaman kita. Nanti tak pasal-pasal ada yang mengatakan kursi-Nya itu kerusi Allah. Astagfirullah. Amatlah tersimpang jika kita mengatakan begitu. 'Kursi' itu bahasa arabnya. Terjemahan bahasa, kursi = kerusi? Sekali-kali tidak! Maka berjaga-jagalah dengan kata-katamu.

Ayat-ayat mutasyabihat ini mengingatkan kita yang ilmu kita amatlah sedikit jika dibandingkan dengan ilmu-Nya. Jika boleh diibaratkan air lautan itu ilmu Allah, kemudian kita celupkan jari kita ke dalam air lautan itu, lalu mengangkatnya. Maka, air yang tersisa di jari kita itu pun belum tentu dapat kita guna sebagai timbangan dibandingkan dengan luasnya ilmu Allah. Subhanallah.

Walaupun begitu, jangan dek kerana kecaman 'tafsir guna otak sendiri' menyebabkan kita terus mengabaikan pengajaran-pengajaran dariNya. Banyak sekali ayat-ayatNya yang muhkamat, yakni jelas maksudnya dan merupakan ayat-ayat pokok Al-Qur'an, dan mudah bagi kita mengambil pelajaran. Ya, ini penting kerana mengambil pelajaran dari ayat-ayatNya pun merupakan satu tuntutan buat kita.

Cuma berhati-hatilah, agar kita tak condong mencari maksud bagi ayat-ayatNya yang mutasyabihat.



Jauh dari pengajaranNya, syaitan rapat dengan kita

Distance with Al-Qur'an??

Jika boleh dibuat graf, Al-Qur'an vs. Syaitan, kita boleh katakan ia 'inversely proportional'. Iaitu, tinggi tumpuan dan penghayatan terhadap Al-Qur'an, semakin syaitan tidak dapat menguasai kita. Sebaliknya, jika kita memalingkan diri dari kitabNya, syaitan akan menjadi teman karib kita serta akan menyesatkan kita bersamanya.




"Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami biarkan setan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya."
-Surah Az-Zukhruf (43): 36




Penutup: Aku ingin kembali pada Al-Qur'an

Cendekiawan pernah menyebut:

"Jika kita hendak berkomunikasi dengan Allah, dirikanlah solat; dan jika kita hendak Allah berkomunikasi dengan kita, baca dan hayatilah Al-Qur'an!"

Pengisian tadi ringkas, namun padat dengan ayat-ayatNya cukup membuat diriku terkesan.

Aku tidak merasakan yang ceramah itu dari ustaz ini dan itu, atau dari senior ini dan itu... Sebaliknya, aku merasakan yang suruhan dan galakan yang disampaikan itu direct dari Allah kepadaku. Merasakan pesanan dan peringatan dari Tuhan kepada seorang hamba. Ya, itu yang kurasakan kerana ayat-ayat dikongsikan itu merupakan ayat-ayatNya, dan Dia lebih mengetahui ayat-ayat yang terbaik dan paling berkesan buat makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Kini, ku dapat rasakan jiwaku masih gersang dan tandus dari sentuhan dan belaian ayat-ayat Yang Maha Pengasih, lagi Maha Mendengar.


Mulai saat itu aku tekad. . . Ayat-ayatNya pasti akan kucuba hayati sebaiknya dan ambil pengajaran. Sekali-kali tidak kan ku biar ia lekang dari hidupku!


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan
apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka bertambah (kuat) imannya
dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"
Surah Al-Anfal (8): 2


-------------

Sedutan bersiri [back2Qur'an] yang lain:

-Part 1: Back2Qur'an: The Key to Success !








 

 
Related Posts with Thumbnails