''::Laa Izzata Illa Bil Islam::Wala Islama Illa Bi Syariah::Wala Syariata Illa Bi Daulah::"




هالاواتول قرأن



Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu',
Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih
atau pun keras setiap hari
Setelah selesai
engkau menciumku mesra.
Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau,
menurutmu aku hanya untuk anak kecil
yang belajar mengaji.

Sekarang,
Aku tersimpan rapi sekali,
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin
agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal
untuk menakuti iblis dan syaitan.

Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam bersendirian, kesepian.
Di dalam almari,
di dalam laci,
aku engkau pendamkan.

Dulu pagi-pagi
surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang,
Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau.

Sekarang
seawal pagi sambil minum kopi
engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang
engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku
yang berisi ayat-ayat
yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun
Kadang2 engkau lupa baca
pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan
engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi
ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,
radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku
untuk kau baca
sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun
kau putar muzik kegemarammu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku
bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan
bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer
berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan
dan gambar sampah.

Waktupun cepat berlalu
Aku semakin kusam
dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.

Seingatku,
hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz
yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu.

Bila engkau di kubur sendirian
menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan
atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti
ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.

Sekarang
engkau begitu enteng membuang waktumu
Setiap saat berlalu
Dan akhirnya
kubur yang setia menunggu mu
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu.

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu.
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali
bacalah aku kembali setiap hari.
Karena
ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkanlah Aku
segera dari almari, lacimu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali.

Baca dan pelajari lagi Aku
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari
walau secebis ayat
Seperti dulu
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri
Dalam bisu dan sepi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kite sering mempersoal takdir yang singgah dalam diari dan destinasi harian kehidupan kite..
Kenapa?
Mungkin kerana kite lupe untuk bersyukur..
Mungkin juge kerana kita lupe dunia ini pentas ujian bagi manusia..
Dan mungkin juge kerana kite lupe bahawa kite ini HAMBA kepada Pencipta Yang Maha Esa..
Berikut merupakan beberapa persoalan yang seringkali bermain di fikiran kite.. Dan sudah sepastinya, QUR'AN,kitab panduan sepanjang zaman telah menyediakan JAWAPANnya..

Soalan Pertama :
Kenapa aku diuji ?

Jawapannya :

"2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta..
"

( Surah al-ankabut : ayat 2-3 )

Soalan Kedua :
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?

Jawapannya :

"216. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah : ayat 216)

Soalan Ketiga :
Kenapa ujian seberat ini?

Jawapannya :


" 286. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."
( Surah al-Baqarah : ayat 286 )


Soalan Keempat :
Kenapa rasa kecewa ?

Jawapannya :


" 139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
( Surah ali-Imran : ayat 139 )


Soalan Kelima :
Bagaimana harus ku hadapinya :

Jawapannya :


" 45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(Surah al-Baqarah : ayat 45 )


Soalan Keenam:
Apa aku dapat dari semua ni?

Jawapannya :


" 111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
(Surah at-Taubah : ayat 111 )


Soalan Ketujuh :
Kepada siapa harusku berharap?

Jawapannya :


" 129. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)."
( Surah at-Taubah : ayat 129 )

"5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

(Surah al-Fatihah : ayat 5 )

Nah!! Inilah mukjizat al-Qur'an..

Kite bace kalimahnya,tapi lupe untuk merenung isinya..
kite mungkin merenung isinya tp terlupe untuk memahami tarbiyahnya..
kita mungkin memahami tarbiyahnya, tetapi lupe untuk menghayati 'ibrahnya..
so, from NOW!!!
jom BEDAH QUR'AN!!! =)

Surat cinta dari ILAHI..
Untuk PENCINTA yang tercari-cari...
Identiti DIRI yang kelam diselaputi sepi..
Yang sebenarnya sekadar UJIAN yang takkan menyepi..
Bagi insan yang sentiasa mendambakan HAMPARAN CINTA yang abadi..
Tanyalah ape pun persoalan yang kita nak, AL-QUR'AN sudah sediakan jawapannya..
Yang penting, kene rajinlah cari..
Hehehe..

- salam muhasabah (^_~) -

................................................................................
" Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tak diundang, menduga dalam bermacan-macam ragam.. Memberi apa yang tak dirancang,membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan.. Dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan.. Namun takdir memberi kita erti perkenalan,menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, mengenali erti ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban.. Takdir juga memberi kita peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan.. Ya Allah,ya Tuhanku.. Jangan biarkan sendu sahabatku berpanjangan,ringankanlah bebanan yang ditanggungnya.. Ku pohon padaMu,kuatkanlah dirinya menghadapi semua ini.. Lelapkan dirinya dalam maghfirah dan rahmatMu,ya Allah.. Amiin..





Keajaiban no 19 dalam Quranul Karim





19 Satu: Ayat Pertama Dalam Quran
Tahukah anda basmalah merupakan ayat pertama yang menjadi permulaan Kitab Allah Yang Mulia ini?
Maka ketahuilah bahawa jumlah huruf dalam "bismillahirrahmanirrahim" ada 19

19 Dua: Surah Pertama Dalam Quran

Kita telahpun ketahui bahasawanya ayat pertama Quran mengandungi 19 huruf. Mari kita lihat pula surah pertama dalam Quran iaitulah surah Al-Fatihah.

Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.
19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.19 x 6 = 114

114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!
19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran

Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.
Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.

19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.

19 x 6 = 114

114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!

19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran
Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.
Jumlah ayat dalam surah ini juga adalah 6 ayat dan basmalah tidak termasuk dalam perkiraan ayat.Maka, jalan pengiraan yang sama juga digunakan seperti surah pertama dalam Quran.
19 x 6 = 114 = jumlah surah dalam Quran.

Ada alaqah ataupun perkaitan antara keduanya. Surah pertama dan surah terakhir dalam Quran, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran seluruhnya. masyaAllah tabarakAllah!

19 Empat: Ayat Pertama Yang Diturunkan

Kiralah sendiri. Kalau anda seorang yang pandai mengira anda akan dapati jumlah kalimah ataupun perkataan dalam kelima-lima ayat ini berjumlah
19

19 Lima: Ayat Terakhir Yang Diturunkan kalimah! Allahu akbar!

Tak perlu diperpanjangkan lagi kalam. Semuanya berjumlah 19 kalimah!
Kita dapati disini juga terdapat alaqah yang sama antara ayat pertama dan ayat terakhir yang diturunkan. Sepertimana juga surah pertama dan terakhir tadi, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran. masyaAllah tabarakAllah!
19 Enam: Pertuturan Pertama Yang Diucapkan Oleh Seorang Hamba Kepada Tuhannya
Ayat pertama dalam Fatihah merupakan basmalah. Ayat kedua pula merupakan pujian kepada Allah. Ayat ketiga dan keempat merupakan sifat Allah dan kedudukan-Nya sebagai Raja kepada Hari Pembalasan. Maka ayat kelima merupakan ayat pertama yang menjadi perbualan antara kita sebagai hamba dengan Allah sebagai Tuhan yang mencipta. Dengan adanya dhomir anta (huruf kaf) dan huruf nun sebagai dhomir nahnu yang membawa maksud kami, ayat kelima ini jelas sebagai satu perbualan.

Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan

Kome pun tau apa yangsaya nak cakap kan. Kiralah sendiri. Jumlah huruf dalam ayat ini adalah 19 huruf! SubhanAllah Maha Suci Allah!

19 Tujuh: Doa Pertama Seorang Hamba


Doa pertama yang dipohon oleh seorang hamba kepada Allah adalah dari ayat ke-6 daripada surah Al-Fatihah.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Perlu cakap juga?
19 huruf syeikh! Allahu Allah masyaAllah tabarakAllah!
Cukup lah kot saya bawakkan 7 je fakta tentang 19 nih. Hakikatnya ada berbelas-belas lagi. Indah bukan mukjizat Al-Quran yang jelas terang lagi bersuluh ni?Saya pun tak faham kenapa ada orang masih nak menolak Al-Quran dan tak nak beriman dengan Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Kalau dah hebat sangat tu, buatlah Quran sendiri yang ada mukjizat macam ni. Cubalah untuk tandingi mukjizat Al-Quran. Nescaya percubaan itu hanyalah sia2. Korang takkan dapat nak cipta satu Al-Quran yang dapat tandingi Kitab Allah ni dan hakikatnya korang takkan dapat nak cipta satu ayat pun yang dapat tandingi Al-Quran. Takkan dapat selama-lamanya!


 
Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.












BISMILLAH…

Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1.         Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.         ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3.         Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.         Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.         Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.         Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir: 30) .Ibnu Mas ‘ud berkata: ‘Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari’.

7.         Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.’

8.         Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.         Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.       Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
 
11.       Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


 

Related Posts with Thumbnails