''::Laa Izzata Illa Bil Islam::Wala Islama Illa Bi Syariah::Wala Syariata Illa Bi Daulah::"




Thursday, May 20, 2010

BUKA MATAMU..CELIK FEKAH MAZHABMU

SYARAT SAH TAKBIRATUL IHRAM.

Rukun-rukun di dalam sembahyang terdapat sebanyak tujuh belas rukun:

1) Niat
2) Takbiratul ihram
3) Berdiri bagi yang mampu pada solat yang fardhu.
4) Membaca surah Al-Fatihah
5) Ruku'
6) Tama'ninah pada ruku'
7) I'tidal
8) Tama'ninah pada i'tidal
9) Sujud dua kali
10) tama'ninah pada sujud
11) Duduk antara dua sujud
12) Tama'ninah padanya
13) Tasyahhud akhir
14) Duduk ketika tasyahhud itu
15) Selawat ke atas nabi sollallahu 'alaihi waallam.
16) Memberi salam
17) Tartib ( mengikut susunan ).

Perkara yang disebut di atas adalah rukun-rukun di dalam sembahyang. Namun ana tidak berhajat untuk mengulas panjang kerana 'syahid' atau tumpuan kita di sini adalah mengenai persoalan yang dipertanyakan iaitu mengenai syarat-syarat takbiratul ihram yang dinamakannya sebagai takbiratul ihram kerana diharamkan selepasnya apa yang dihalalkan sebelumnya.

Syarat-syarat takbiratul ihram 16 perkara:

1) Berada di dalam keadaan qiam (berdiri) di dalam solat yang fardhu.
- Jika berada di dalam solat sunat maka boleh melakukannya di dalam keadaan selain berdiri seperti berada di dalam keadaan duduk dan lain. Begitu juga keadaannya jika tidak mampu berdiri.

2) Menyebutnya di dalam bahasa arab.
-Jika tidak mampu kerana kesempitan waktu untuk belajar maka boleh disebut di dalam mana-mana bahasa. walaubagaimanapun wajib dia belajar walaupun terpaksa bermusafir ke luar negeri. Setelah dia belajar maka tidak wajib dia qada' sembahyangnya yang dahulu yang mana takbiratul ihramnya dengan bahasa lain kerana kesempitan waktu untuk belajar.

3&4) Mesti dilafazkan dengan lafzul jalalah (
الله) dan dengan lafaz (اكبر) .
- Tidak boleh dengan lafaz (
الله الكبير) dan (الرحمان اكبر). Dan tidak mengapa dengan menambahkan الpada اكبر iaitu (الله الاكبر) . Begitu juga dengan menambah pada lafaz (الله الجليل الاكبر) maka tidak mengapa di sisi pendapat yang asah.

5) Tartib diantara dua lafaz.
- Mesti didahulukan lafaz jalalah sebelum lafaz akbar. Tidak sah takbiratul ihram jika kita sebut
اكبر الله

6) Tidak me'mad'kan atau memanjangkan hamzah pada lafaz jalalah.
-Lafaznya adalah sepeti ini, (
آلله اكبر). Maka tidak sah dengan lafaz ini kerana ia membawa makna istifham (pertanyaan).

7) Tidak memanjangkan pada huruf
ب pada lafaz اكبر iaitu اكبار.
- Jika kita menyebut hamzah pada lafaz tersebut (
اكبار) dengan baris atas maka ianya membawa makna gendang yang besar dan jika dibaca dengan baris bawah maka ia adalah diantara nama-nama haid. Maka kufur jika berpegang pada lafaz tesebut.

8) Tidak men'tasydid'kan huruf
ب pada lafaz اكبر .
9) Tidak menambah huruf
و yang mati atau berbaris di antara dua lafaz takbiratul ihram.
10) Tidak menambah huruf
و sebelum lafaz jalalah.
11) Tidak berhenti di antara dua lafaz takbiratul ihram samaada panjang ataupun pendek.
12) Dirinya (orang yang solat) mendengar semua huruf yang disebut di dalam takbiratul ihram.
13) Ketika sudah masuk waktu fardhu dan solat sunat yang berwaktu dan bersebab.
14) Mengadap qiblat.
15) Tidak hilang satu huruf dalam lafaz takbiratul ihram..walahua'lam
16) Mam'mum mesti takbir selepas imam.
- Jika serentak lafaznya dengan lafaz imam maka tidak sah takbiratul ihramnya.

Wallahua'lam

Rujukan:

1)Nailur Raja' syarah matan safinatun naja lilfaqih Syed umar As Syatiri
2) Kanzur raghibin syarah minhajut tolibin.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails