Al-Khulafa’ al-Rashidun (11H – 40H):
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali
قال الرسول صلى الله عليه وسلم: "... عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي، عضوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور" (رواه أبو داؤد والترمذي وأحمد).
وقال صلى الله عليه وسلم: "تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون مُلكاً عاضاً فيكون ما شاء الله أن يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون مُلكاً جبرياً فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة تعمل في الناس بسنة النبي ويلقى الإسلام جراءة في الأرض يرضى عنها ساكن السماء وساكن الأرض ..." (أخرجه الإمام أحمد)
Khilafah Bani Umayyah (661M – 750M):
- 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mendirikan Bani Ummayyah.
- Di bawah kekuasaan Bani Umayyah, kekhalifahan Islam berkembang dengan pesat. Di arah barat, umat Muslim menguasai daerah di Afrika Utara sampai ke Sepanyol.
Di arah timur, kekhalifahan menguasai daerah Iran, bahkan sampai ke India.
- Timbul beberapa pemberontakan selama masa kepemimpinan bani umayyah. Pendukung Bani Hasyim dan pendukung Ali bersatu untuk meruntuhkan kekuasaan Bani Umayyah.
- 749M- Kekalahan tentara Ummayyah di Kufah, Iraq ditangan tentara Abbasiyyah. 750M- Damsyik direbut oleh tentara Bani Abbasiyyah (keturunan dari Abbas bin Abdul Muthalib). Kejatuhan Khilafah Bani Ummaiyyah.
- Bani Ummayah hanya bertahan dan terus memimpin masyarakat Muslim di Sepanyol dari tahun 756M, hingga dijatuhkan pada tahun 1031M.
Khilafah Bani Abbasyiah (750M – 1258M):
- berkembang pesat dan menjadikan dunia Islam sebagai pusat pengetahuan.
- menterjemahkan tradisi keilmuan Yunani dan Persia.
- Lahir Dinasti Fatimiyah (Syiah) pada tahun 909M di Afrika Utara, tetapi runtuh pada tahun 1171M.
- tahun 940 kekuatan kekhalifahan menyusut ketika orang-orang bukan Arab khususnya orang Turki, mulai mendapatkan pengaruh dan mulai memisahkan diri dari kekhalifahan.
- 1095M - Perang Salib pertama bermula.
- 1099M - Tentera Salib merebut Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
- 144M - Nur al-Din merebut Edessa dari tentara Salib. Perang Salib kedua bermula.
- 1187M - Salahuddin Al-Ayubbi merebut Baitulmuqaddis dari tentara Salib. Perang Salib ketiga dimulai.
- 1194M - Tentera Muslim merebut Delhi, India.
- 1236M - Tentera Salib merebut Cordoba, Sepanyol.
- 1258M- Tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh. Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
Khilafah Uthmaniyyah:
Pada kurun ke-13, wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk. Pada tahun 1299, Uthman 1 mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Tahun 1326 Utsman meninggal dan digantikan putranya Ourkhan, yang telah dilatih dengan berbagai peperangan dan pemerintahan, hingga menguasai Bursa, dan menjadikannya ibukota negara baru ini. Dengan ini ia telah mendekati Constantinople, ibukota Byzantium.
Kebanyakan pemerintah Usmaniyah memilih untuk menyebut diri mereka sebagai Sultan, daripada sebagai Khalifah.
Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kematian Suleiman II (Suleiman al-Qanuni) (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Pada zaman Suleiman II inilah zaman kebesaran dan kejayaan khilafah Turki Uthmani. Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka. Setelah Suleiman II meninggal 1566 M, khilafahpun terus merosot.
Zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.
Kemerosotan (1683-1827)
Selepas tewasnya tentera Uthmaniyyah dalam perang di Vienna pada tahun 1683, kekuasaan Uthmaniyah mula merosot. Pada tahun 1699, buat pertama kali dalam sejarahnya, Empayar Uthmaniyyah mengakui bahawa Austria adalah sama taraf dengannya. Bukan itu sahaja, Empayar Uthmaniyyah juga kehilangan wilayah besar dikuasainya sejak sekian lama. Terdapat banyak sultan yang dilantik selepas itu yang tidak sekuat generasi Mehmet II, Selim I dan Suleyman 1.
Nampaknya, setelah berakhirnya kekuasaan Suleiman II, yang jadi khalifah tidak sehebat baginda, seperti Sultan Mustafa I (1617 M), Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640), Ibrahim bin Ahmad (1639-1648 M), Muhammad IV (1648-1687 M), Suleiman III (1687-1690 M), Ahmad II (1690-1694), Mustafa II (1694-1703 M), Ahmad III (1703-1730 M), Mahmud I (1730-1754 M), Ahman III (1754-1787 M), Mustafa III (1757-1773 M), dan Abdul Hamid I (1773-1788 M). Askar Yennisari yang dibentuk Sultan Ourkhan telah memberontak (1525, 1632, 1727, dan 1826 M), sehingga mereka dibubarkan (1785 M) . Juga pemberontakan kaum Druz yang dipimpin Fakhruddin bin al-Ma’ni.
Kejatuhan (1828-1924):
Setelah kalah dengan Eropah dalam perang Lepanto (1571 M), pemerintah Uthmaniyah hanya berusaha mempertahankan wilayahnya. Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah. Pada Perjanjian Carlowitz (1699 M), wilayah Hongaria, Slovenia, Kroasia, Hemenietz, Padolia, Ukraina, Morea, dan sebahagian Dalmatia telah jatuh ke tangan Venezia dan Habsburg. Malah kehilangan wilayahnya di Eropah pada Perang Krim (abad 19 M), dan tambah merosot setelah Perjanjian San Stefano (1878 M) dan Berlin (1887 M).
Sekitar tahun 1880 Sultan Abdulhamid II cuba mengangkat kembali status kekhalifahan dengan melawan kolonialisme Eropah yang semakin menjadi-jadi.
Ahlu zimmah khususnya orang Kristian yang mendapat hak istimewa pada zaman Suleiman II, akhirnya menuntut persamaan hak dengan orang Islam. Malah dengan hak istimewa ini, jumlah orang Kristian dan Yahudi telah meningkat. Sejak abad ke 16 M mereka mula menjalankan misionaris dan memilih Malta sebagai pusat gerakan. Di tengah mundurnya intelektual di dalam Dunia Islam, mereka mendirikan pusat kajian yang kebanyakannya dimilikki oleh Inggeris, Perancis, dan Amerika Syarikat, yang digunakan Barat untuk mengembang pemikiran mereka di dalam dunia Islam (al-ghazw al-fikri). Serangan ini sudah lama dirancang oleh orientalis Barat, yang mendirikan Pusat Kajian Ketimuran sejak abad 14.
Gerakan misionaris dan orientalis itu merupakan bahagian tak terpisahkan dari imperialisme Barat di dunia Islam. Untuk menguasainya mereka berusaha untuk meruntuhkan khilafah Islam. Untuk mencapai tujuan pertama, serangan misionaris dan orientalis diarahkan untuk menyerang pemikiran Islam; sedangkan untuk mencapai tujuan kedua, mereka hembuskan nasionalisme untuk memisahkan Arab dengan lainnya dari khilafah. Dari sinilah, lahir gerakan nasionalisme di dalam dunia Islam.
Di Eropah, wilayah yang dikuasai khilafah diprovokasi agar memberontak (abad 19-20 M), seperti Serbia, Yunani, Bulgaria, Armenia dan terakhir Krisis Balkan, sehingga khilafah Turki Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya.
Nasionalisme dan separatisme itu telah dipropagandakan oleh negara-negara Eropah seperti Inggeris, Perancis, dan Rusia. Itu bertujuan untuk menghancurkan khilafah Islam. Keberhasilan mereka menggunakan sentimen nasionalisme dan separatisme di Serbia, Bulgaria, dan Yunani dan lain-lain negara Eropah mendorong mereka menggunakan cara yang sama di seluruh wilayah khilafah termasuk negara-ngara Arab.
Mereka mulai aktif menjalin hubungan dengan orang Arab. Di Kaherah dibentuk Partai Desentralisasi yang diketuai Rafiqul ‘Adzim. Di Beirut, dibentuk Jawatankuasa Reformasi dan Forum Literal. Inggeris dan Perancis mulai menyusup ke tengah orang Arab yang memperjuangkan nasionalisme. Pada 8 Juni 1913 M, para pemuda Arab telah berkongres di Paris dan mengumumkan nasionalisme Arab.
Di Istanbul, mereka berusaha merosakkan gadis-gadis Islam di sekolah dan universiti melalui propaganda mereka. Mereka juga cuba mengubah sistem pemerintahan dan hukum Islam dengan sistem dan cara Barat. Kempen mulai dilakukan oleh Rasyid Pasha pada zaman Sultan Abdul Mejid II (1839 M). Undang-undang yang diciplak dari Barat mula diperkenalkan dan pemerintah Uthmaniyah dipaksa untuk meminda undang-undang Islam yang ada (umpama Perlembagaan 1876). Walaubagaimanapun, perlembagaan ini ditolak Sultan Abdul Hamid II.
Dalam masa yang sama, Yahudi-Zionis telah berusaha untuk menguasai Palestin. Dalam menguasai Palestin, maka kaum Yahudi-Zionis juga melancarkan strategi tidak langsung yaitu melalui gerakan Freemansory yaitu gerakan Yahudi Zionis transnasional dan diplomasi Zionis di luar Uthmaniah. Gerakan Freemansory memiliki hubungan yang sangat kuat dalam perkembangan organisasi "Ittihat ve Terrakki" (Al-Ittihat wa al-Tarraqqi; Persatuan dan Kemajuan) yang berkembang sangat pesat di Salonika Turki.
Pada Perang Dunia I (1914 M) Inggeris menyerang Istanbul dan menduduki Gallipoli. Pendudukan Inggeris juga dimanfaatkan untuk mengangkat Mustafa Kamal Pasha -yang sengaja dimunculkan sebagai pahlawan pada Perang Ana Forta (1915 M). Dia adalah agen Inggeris, keturunan Yahudi Dunamah dari Salonika, untuk menghancurkan khilafah Islam. Ia mengadakan Kongres Nasional di Sivas dan membentuk Deklarasi Sivas (1919 M), yang kononnya mencetuskan Turki merdeka dan negeri Islam lainnya dari penjajah, sekaligus melepaskannya dari wilayah Turki Uthmaniyah. Pada masa itu sentimen kebangsaan tambah kuat dengan lahirnya Pan-Turkisme dan Pan Arabisme; masing-masing menuntut kemerdekaan dan hak menentukan nasib sendiri atas nama bangsanya, bukan atas nama umat Islam.
Sejak tahun 1920, Mustafa Kamal Pasha menjadikan Ankara sebagai pusat aktiviti politiknya. Setelah menguasai Istanbul, Inggeris cuba mencari pengaruh politik. Ketidakstabilan dalam negara berlalu. Suasana ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kamal Pasha untuk membentuk Dewan Perwakilan Nasional dan ia menobatkan diri sebagai ketuanya - sehingga ada 2 pemerintahan; pemerintahan khilafah di Istanbul dan pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional di Ankara. Walau kedudukannya tambah kuat, Mustafa Kemal Pasha tetap tak berani membubarkan khilafah. Dewan Perwakilan Nasional hanya mengusulkan konsep yang memisahkan khilafah dengan pemerintahan. Namun, setelah perdebatan panjang di Dewan Perwakilan Nasional, konsep ini ditolak. Pengusulnyapun mencari alasan membubarkan Dewan Perwakilan Nasional dengan melibatkannya dalam berbagai kejadian pertumpahan darah. Setelah memuncaknya krisis, Dewan Perwakilan Nasional ini diusulkan agar mengangkat Mustafa Kamal Pasha sebagai ketua parlimen, yang diharapkan mampu menyelesaikan krisis yang berlaku.
Setelah dipilih secara rasmi sebagai ketua parlimen, ia telah mengubah sistem khilafah dengan republik yang dipimpin oleh seorang presiden. Pada 29 November 1923, ia dipilih oleh parlimen sebagai presiden pertama Turki. Walaubagaimanapun, rakyat masih mendokong Sultan Abdul Majid II, serta berusaha mengembalikan kekuasaannya. Mustafa Kamal Pasha mengadakan sidang Dewan Perwakilan Nasional, dengan keputusan sudah ada di tangan. Maka pada 3 Mac 1924 M, ia memecat sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah, membubarkan sistem khilafah, dan menghapuskan sistem Islam dari negara. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam".
Terhadap peristiwa pemecatan ini, Sultan Abdul Hamid II menuding kelompok Yahudi sebagai pihak yang bertanggung jawab. Hal ini terungkap dalam surat Sultan Abdul Hamid II kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Syamad yang berbunyi:
"...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan karena suatu sebab tertentu, melainkan karena tipu daya dengan berbagai ancaman dari tokoh-tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negeri nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulang-ulang yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebanyak 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu.
Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang dimiliki memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, karena saya menolak untuk menconteng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin.
Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, Anda beserta jama'ah yang anda bina mampu memaklumi semua itu.
Wassalamu'alaikum Wr.wb
22 September 1909
[Tandatangan]
Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)
(Carr, 1991:21)
Prestasi Mustafa Kamal Attaturk seorang agen Freemason Yahudi dalam menghapuskan Khilafah ini, sangat dibanggakan oleh Freemason Yahudi yang disebutkan dalam Ensiklopedia Freemasonry:
"Revolusi Turki (yang dimulai) pada tahun 1918 yang dipelopori oleh saudara yang mulia Mustafa Kamal sangat menguntungkan rakyat, melenyapkan kekuasaan Sultan, membenteras Khilafah, menghilangkan Mahkamah Syari'at, menyingkirkan peranan agama Islam dan menghapuskan kementerian wakaf. Bukankah semua ini merupakan pembaharuan yang dikehendaki oleh Freemasonry dalam setiap bangsa yang sedang bangkit? Siapa di antara tokoh Freemasonry yang dapat menandingi Attaturk, baik dulu maupun sekarang?"
3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM
KHALIFAH:
Khalifah adalah gelar untuk pemimpin umat Islam setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW (570–632). Kata "Khalifah" (خليفة Khalīfah) dapat diterjemahkan sebagai "pengganti" atau "perwakilan". Pada awalnya, para pemimpin Islam menyebut diri mereka sebagai "Khalifat Allah", yang berarti perwakilan Allah (Tuhan), tetapi pada perkembangannya, sebutan ini diganti menjadi "Khalifat rasul Allah", yang berarti "pengganti Nabi Allah". Meskipun begitu, kalimat "Khalīfah" telah digunakan untuk pemimpin umat Islam.
Khalifah juga sering disebut sebagai Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) atau "pemimpin orang yang beriman", atau "pemimpin umat muslim", yang terkadang disingkat menjadi "amir".
Ciri-ciri Kepemimpinan Kekhalifahan Islam
Ibnu Taymiyah mengatakan bahwa karakter pemimpin Islam ialah menganggap bahwa otoritas dan kekuasaan yang dimilikinya adalah sebuah kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan mutlak.
Ibnu Khaldun ada menegaskan hal ini dan menjelaskan lebih jauh tentang kepemimpinan kekhalifahan secara lebih ringkas: "Kekhalifahan harus mampu menggerakan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan kewajiban di dunia dan akhirat. Kewajiban di dunia harus seimbang dengan kewajiban untuk akhirat, seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad, semua kepentingan dunia harus mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat. Secara ringkasnya, Kekhalifahan pada kenyataannya menggantikan Nabi Muhammad, beserta sebahagian tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaan politik di dunia."
Malapetaka ketiadaan Khilafah
Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh.
Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri.
Jalan untuk mendirikan semula Khilafah
Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh RasuluLlah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jama’i (organisasi). Bagi memastikan bahawa organisasi itu bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan manhaj (jalan/kaedah) yang jelas dan benar.
"Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib"
Organisasi yang boleh berperanan dalam membentuk sebuah khilafah pada masa sekarang adalah seperti OIC, sebuah organisasi antarabangsa yang didirikan pada tahun 1969 beranggotakan negara-negara majoriti orang Islam. Tapi ke mana OIC?
وعد الله الذين آمنوا منكم وعملوا الصالحات ليستخلفنّهم في الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكننّ لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنّهم من بعد خوفهم أمنا يعبدونني لا يشركون بي شيئاً، ومن كفر بعد ذلك فاولئك هم الفاسقون (سورة النور: 55)
1 comments:
sya suka entry ini...berckap pasal khilafah @ khalifah..pernah baca buku Ali Abd Raziq x...menarik...Islam dan dasar pemerintahan....
Post a Comment